Tahniah!!!


Tahniah!!! wat ABG ZAKI, KAK NOR, ABG HISHAM, ABG JAMAL, n kepada semua yg bakal dapat jd " permanent " staff..... n kepada abg2 n kakak2 semua kiter ade lg bpe hari jer nk jd staf kat BPI.
Semoga kenangan2 terindah yang pernah kite tempuh sama2 dolu2...akan menjadi kenangan yang abadi wat selamanya..... kalo boleh, nisa nk mintak maaf kepada semua andai terkasar bahasa, terguris jiwa or ape2 'ter'.... n nisa' nk mtk alamat, email n no fon sume supaya pasni kite still lg berkwn n xputus hubungan....walaupun yg duk jauh2....

Salam Perpisahan Ikhlas Dari,
Khairunnisa bt Jamaludin
mutiara_ati88@yahoo.com

SINGGAH SEBENTAR...

Lawak hari ini tajuknya : Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek.

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah dan kebanyakannye sama.
terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul?
Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon)
1 Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maapsini bukan balai polis

2 Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane

3 Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler buat ape tanye saya

4 Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur

5 Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumahbapak ade pasal rumah ni bapak yang beli

6 Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye time kacih

7 Soalan: haloo, tolong panggilkan samad saya nak bercakap dengannye
Jawapan: sila panggil sendiri saya sibuk maap

8 Soalan: halloo
Jawapan: haloo pusat sakit mental disini anda ingin mendaftar?

9 Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya
Jawapan: maap ini bukan kaunter pertanyaan

10 Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi kalau saya masih menjawab betul le tu

11 Soalan: assalammualaikum
Jawapan: waalaikummussalam(tupp!terus letak tepon salam kite wajib jawab)

*SAJER MENGISI MASE BORING...POST BY : NISA @)~~~

hahhahahah

Lawak Sengal

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Woakakaka....penat aku nak tulih lagi nie....

Kisah Pelik di Masjid Besi

Salam..manager kalau takde penting nak dikongsi memang manager malas nak posting mosting nih..tapi kejadian hari ni memang menginsafkan kami warga BPI (geng sengal) yang sememangnya tergolong di kalangan mereka yang beriman (sebab tu ramai awek nak kat kami)..

Kami sekarang ni dah bertukar kariah..dr masjid alam shah ke masjid besi..maka terjadilah satu peristiwa yang sangat dahsyat, gempar, mengerikan, sentol, sengal, dan bercampur baurla..tapi mmg ah!arghhhh!!!! tak tau nak cakap ah!

Nak dipanjangkan cerita, manager dgn Iwan (subjek bahan) naik Skyline Azam (saje nak bgtau Azam ade skyline)..farid dgn azim naik keta dutt..kamal dgn munzir naik keta razi..maka perjalanan kami diteruskan mencari keredhaan Yang Maha Esa..sebab tu lancar je perjalanan kami..hehe

Errr..nak citer isi khutbah ke? sorila bukan manager tanak kongsi..tapi manager mmg setuju je dgn isi khutbah tadi..tu yang hangguk2 dr mula sampai abis khutbah..yang lebih tepat belum khutbah start manager dgn Azam (sbb dia duk sblh) dah terlebih awal hangguk2 setuju dgn isi khutbah..huhu
habis solat..habis aminkan doa..manager dgn azam pegila kat keta..masjid ni ada basement parking..tu yang bagus tu..sampai kat parking kami jumpa dutt dgn farid..maka terjadilah perbualan kami yang sangat menarik..

manager: oi!
dutt: oi!

lepas tu kami sengih2 mcm ungka busuk..menarik tak?haha! tak lama lepas tu geng2 sengal lain pun sampai..sambil belek2 keta azam (bumper dia calar gesel kat parking lowyat..haha), kami tunggula sorang lagi geng sengal..Iwan (dalam pesbuk dia ngaku lahir kat Uganda dgn guna nama Iwan Ricky..ceh!)..

lima minit berlalu..batang hidung Iwan masih tak kelihatan..manager fikir mungkin iwan wirid lagi kot..yela kat BPI ni pun kami panggil dia ustad..cuma tak penah plak dia jadi imam kat surau tingkat 2 tu.. haha..lepas 10 minit tunggu kami dah mula resah..mana Iwan ni? tak sampai2 lagi? macam2 perkara buruk terbayang di kepala kami..Iwan terjun tasik tu kah? atau Iwan dipaksa gulung karpet masjid yang bapak besar gile tu? atau adakah Iwan ditangkap pak polisi sebab berwajah pan asia (indonla)? Akhirnya kami ambik keputusan sebulat suara..IWAN SESAT! kami berpandangan sesama sendiri dan..............kami ketawa berdekah2! kah kah kah kah! iwan sesat! iwan sesat! iwan sesat!

Tiba2 hp dutt berbunyik..Iwan call..sah dia sesat..kami tambah gelak lagi! kah kah kah kah!!!sampai nak tekuar paru2 kami gelak..oleh kerana kat basement coverage tak berapa nak clear..dutt tak dapat nak dengar sangat rintihan hati Iwan dalam phone..yang pasti Iwan memang sesat! Manager cuba call balik Iwan..tapi sebab manager pakai henpon cokia, bar tak berapa nak ada..so tak boleh nak call..(yg sebenarnye cdt tak cukup)..tak lama lepas tu, hp Azim pulak bunyik..kami masih tak dapat mengesan di mana lokasi Iwan..salah seorang daripada kami cadangkan Iwan turun je ikut tangga mana2..nanti jumpala kat basement parking..tapi Iwan terlalu takut untuk turun..seperti takutnya seorang budak umur 5 thn yang selalu je hilang kat pesta fun fair di kala ibunya sibuk nak dapatkan hadiah teddy bear..

Akhirnya (belum abis lagiii...) Azim pun gagal memahami apa yang Iwan cakap dalam phone..lalu Iwan menghantar pulak SMS kepada Azim yang berbunyi..

(bukti begambar Iwan hantar SMS kat Azim..ni bkn citer bohong ni!)

Kami baca SMS tu..kami gelak besar lagi..warghhhhhhkakakaka tak jumpa selipar! kelakar2! tak jumpa selipar ke tak jumpa jalan keluar ni? dah la sesat..mintak tolong orang marah2 pulak..hahaha! Tapi oleh kerana atas dasar kemanusiaan yang menebal, manager naik balik ke atas mencari Iwan Ricky..sampai je kat atas tempat kami parking selipar tadi, Iwan pun muncul dalam keadaan kusut masai..bajunya compang camping..janggutnya serabut..rambutnya kusut masai..badannya kurus kering..errr tu perencah je..manager tambah..tapi Iwan tampil dengan sengih2 kerang busuknya..manager gelak je tengok Iwan..akhirnya beliau berjaya diselamatkan..

Dari Parking masjid sampailah parking KPM, Iwan menjadi bahan kutukan kami..Iwan telah dibutakan mata..Tuhan nak balas dosa Iwan..asyik gelenyar sangat dan macam2 lagi kutukan dia terima..kalau dia bukak kedai, penuh bahan kutukan dia boleh jual..haha!

Akhirnya kami dapat tahu kenapa Iwan telah dibutakan mata dia sampai tak jumpa jalan keluar..dia telah mengaku yang dia pergi ke masjid sebab nak masuk tv..kebetulan kali ini siaran solat jumaat dibuat di masjid besi, Iwan sedaya upaya nak duduk depan kamera.."nanti gawe kawe tgk..sejuk ati dio", mungkin itulah niat Iwan dalam masjid..hmmm kan dah kena balasan time tu jugak..

Sebenarnya kejadian Iwan sesat ni sangat mendebarkan..dia sebenarnya pun dah habis prepaid..nasib baik dia pandai guna emergency punya topup..kalau tak Iwan mungkin sesat sampai ke hari ini sebab gagal keluar dari masjid untuk beli prepaid dan seterusnya dapatlah call kami untuk balik ke ofis..bagus tak kesimpulan manager?haha!

Moral of the story:

1. kalau pegi masjid jangan niat nak kuar tv
2. kenali selipar anda..anda mungkin tak sesat..tapi anda lupa rupa selipar anda..tu yang buat anda sesat.

sekian renungan untuk kita bersama..mari kita sambung gelak..kahkahkahkahkahkah!!!

Warna Warni Aidilfitri @ BPI

2 oktober 2009 - BPI mengadakan mesyuarat badan kebajikan serentak dengan majlis hari raya..tahniah team sengal ucapkan kepada pengerusi yang baru dilantik! takziah jugak kat haroon yang tak dapat mengekalkan jawatan beliau sebab sibuk meniaga one drop..AJK lain naik rimas..meeting je bawak one drop..nasib baik ko dah jadi jutawan..haha!


Gambar2 lain bole tgk kat slide bawah ni..sape2 yang gambar dia takde bole hubungi manager sengal..nanti dia upload kaw2 bosar rumah..wokeh!




setuju terima

Anu... Ambo besyukurr.. dngn pelancaran blog ini.. mako boleh lah kito samo2 bergossip :) baik yang panazzz mahupon yang baik2 belako.. jd ambo berstuju beno lah dengan pelancaran blog ni. Tanhiah di ucapakn

3....2....1.....kaboom!kaboom!tebabo!!!!

Dengan ini rasmilah sudah blog sembang sengal..selamat datang ke blog kami..wpun nama sengal tapi kami normal2 belaka dan mampu melahirkan anak..

selamat datang jugak kat geng baru kontraktor BPI..janganla sombong2 dengan kitorang wpun kitorang ni kacak dan lawa..tegur2la kami..hehe

wokeh..next posting baru panjang lebor punya aku bagi..untuk sape2 yang nak posting sila mintak id dengan paswd kat manager sengal..

adios amigos yaribba!

yang tak sengal,
mr. manager

*ini cetakan komputer..tak perlu tandatangan atau tandakaki.