Kisah Pelik di Masjid Besi

Salam..manager kalau takde penting nak dikongsi memang manager malas nak posting mosting nih..tapi kejadian hari ni memang menginsafkan kami warga BPI (geng sengal) yang sememangnya tergolong di kalangan mereka yang beriman (sebab tu ramai awek nak kat kami)..

Kami sekarang ni dah bertukar kariah..dr masjid alam shah ke masjid besi..maka terjadilah satu peristiwa yang sangat dahsyat, gempar, mengerikan, sentol, sengal, dan bercampur baurla..tapi mmg ah!arghhhh!!!! tak tau nak cakap ah!

Nak dipanjangkan cerita, manager dgn Iwan (subjek bahan) naik Skyline Azam (saje nak bgtau Azam ade skyline)..farid dgn azim naik keta dutt..kamal dgn munzir naik keta razi..maka perjalanan kami diteruskan mencari keredhaan Yang Maha Esa..sebab tu lancar je perjalanan kami..hehe

Errr..nak citer isi khutbah ke? sorila bukan manager tanak kongsi..tapi manager mmg setuju je dgn isi khutbah tadi..tu yang hangguk2 dr mula sampai abis khutbah..yang lebih tepat belum khutbah start manager dgn Azam (sbb dia duk sblh) dah terlebih awal hangguk2 setuju dgn isi khutbah..huhu
habis solat..habis aminkan doa..manager dgn azam pegila kat keta..masjid ni ada basement parking..tu yang bagus tu..sampai kat parking kami jumpa dutt dgn farid..maka terjadilah perbualan kami yang sangat menarik..

manager: oi!
dutt: oi!

lepas tu kami sengih2 mcm ungka busuk..menarik tak?haha! tak lama lepas tu geng2 sengal lain pun sampai..sambil belek2 keta azam (bumper dia calar gesel kat parking lowyat..haha), kami tunggula sorang lagi geng sengal..Iwan (dalam pesbuk dia ngaku lahir kat Uganda dgn guna nama Iwan Ricky..ceh!)..

lima minit berlalu..batang hidung Iwan masih tak kelihatan..manager fikir mungkin iwan wirid lagi kot..yela kat BPI ni pun kami panggil dia ustad..cuma tak penah plak dia jadi imam kat surau tingkat 2 tu.. haha..lepas 10 minit tunggu kami dah mula resah..mana Iwan ni? tak sampai2 lagi? macam2 perkara buruk terbayang di kepala kami..Iwan terjun tasik tu kah? atau Iwan dipaksa gulung karpet masjid yang bapak besar gile tu? atau adakah Iwan ditangkap pak polisi sebab berwajah pan asia (indonla)? Akhirnya kami ambik keputusan sebulat suara..IWAN SESAT! kami berpandangan sesama sendiri dan..............kami ketawa berdekah2! kah kah kah kah! iwan sesat! iwan sesat! iwan sesat!

Tiba2 hp dutt berbunyik..Iwan call..sah dia sesat..kami tambah gelak lagi! kah kah kah kah!!!sampai nak tekuar paru2 kami gelak..oleh kerana kat basement coverage tak berapa nak clear..dutt tak dapat nak dengar sangat rintihan hati Iwan dalam phone..yang pasti Iwan memang sesat! Manager cuba call balik Iwan..tapi sebab manager pakai henpon cokia, bar tak berapa nak ada..so tak boleh nak call..(yg sebenarnye cdt tak cukup)..tak lama lepas tu, hp Azim pulak bunyik..kami masih tak dapat mengesan di mana lokasi Iwan..salah seorang daripada kami cadangkan Iwan turun je ikut tangga mana2..nanti jumpala kat basement parking..tapi Iwan terlalu takut untuk turun..seperti takutnya seorang budak umur 5 thn yang selalu je hilang kat pesta fun fair di kala ibunya sibuk nak dapatkan hadiah teddy bear..

Akhirnya (belum abis lagiii...) Azim pun gagal memahami apa yang Iwan cakap dalam phone..lalu Iwan menghantar pulak SMS kepada Azim yang berbunyi..

(bukti begambar Iwan hantar SMS kat Azim..ni bkn citer bohong ni!)

Kami baca SMS tu..kami gelak besar lagi..warghhhhhhkakakaka tak jumpa selipar! kelakar2! tak jumpa selipar ke tak jumpa jalan keluar ni? dah la sesat..mintak tolong orang marah2 pulak..hahaha! Tapi oleh kerana atas dasar kemanusiaan yang menebal, manager naik balik ke atas mencari Iwan Ricky..sampai je kat atas tempat kami parking selipar tadi, Iwan pun muncul dalam keadaan kusut masai..bajunya compang camping..janggutnya serabut..rambutnya kusut masai..badannya kurus kering..errr tu perencah je..manager tambah..tapi Iwan tampil dengan sengih2 kerang busuknya..manager gelak je tengok Iwan..akhirnya beliau berjaya diselamatkan..

Dari Parking masjid sampailah parking KPM, Iwan menjadi bahan kutukan kami..Iwan telah dibutakan mata..Tuhan nak balas dosa Iwan..asyik gelenyar sangat dan macam2 lagi kutukan dia terima..kalau dia bukak kedai, penuh bahan kutukan dia boleh jual..haha!

Akhirnya kami dapat tahu kenapa Iwan telah dibutakan mata dia sampai tak jumpa jalan keluar..dia telah mengaku yang dia pergi ke masjid sebab nak masuk tv..kebetulan kali ini siaran solat jumaat dibuat di masjid besi, Iwan sedaya upaya nak duduk depan kamera.."nanti gawe kawe tgk..sejuk ati dio", mungkin itulah niat Iwan dalam masjid..hmmm kan dah kena balasan time tu jugak..

Sebenarnya kejadian Iwan sesat ni sangat mendebarkan..dia sebenarnya pun dah habis prepaid..nasib baik dia pandai guna emergency punya topup..kalau tak Iwan mungkin sesat sampai ke hari ini sebab gagal keluar dari masjid untuk beli prepaid dan seterusnya dapatlah call kami untuk balik ke ofis..bagus tak kesimpulan manager?haha!

Moral of the story:

1. kalau pegi masjid jangan niat nak kuar tv
2. kenali selipar anda..anda mungkin tak sesat..tapi anda lupa rupa selipar anda..tu yang buat anda sesat.

sekian renungan untuk kita bersama..mari kita sambung gelak..kahkahkahkahkahkah!!!

No comments:

Post a Comment